Assalamualaikum & salam perkenalan buat semua.
Izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Puan Joanneezah Neezm dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya, nama saya panjang. Rakan-rakan, bekas teman sekerja dan juga pelanggan lebih mengenali saya sebagai Joan atau Aneezah. Saya datang dari keluarga yang kecil. Saya anak yang sulong. Kami ibarat 'Power Puff Girls'. Tak ada adik beradik lelaki. Umur pula hampir 40 tahun.
Pendidikan awal saya bermula di Birmingham, England. Ayah saya mendapat biasiswa untuk sambung belajar di luar negara selama 4 tahun dan dia membawa kami sekeluarga bersama. Ketika itu hanya kami berempat sahaja. Umur saya ketika itu 4 tahun. Saya rasa bertuah dapat pergi belajar di luar negara dan menimba pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Empat tahun pun berlalu dan kami kembali ke Sabah.
Saya meneruskan pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan St Agnes. Setelah lulus ujian UPSR, saya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah All Saints sehingga Tingkatan 6. Selesai Tingkatan 6, saya ditawarkan untuk memasuki universiti swasta dalam bidang Business Administration majoring in Human Resource Management. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang baik iaitu 2nd Class Upper.
Setelah tamat belajar, bermulalah kisah
pengalaman kerja saya. Bukan senang untuk mencari kerja walaupun kita ada ijazah. Resume dihantar sana sini. Saya menganggur hampir 5 bulan. Pekerjaan pertama saya ialah Pegawai Bank. Satu pekerjaan yang bukan mudah malah banyak tekanan. Ketika bekerja dibank, saya ada menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Masters pula. Ini kerana cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang Lecturer. Allah tunaikan juga hasrat saya setelah 2 tahun bekerja dibank. Saya menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Memang sukar untuk mengimbang kerja sambil belajar. Alhamdulillah, saya tamat belajar dalam 2 tahun.
Selesai belajar, saya menghantar resume ke universiti tempatan & juga swasta memohon jawatan sebagai tenaga pengajar. Cita-cita saya hanya tercapai setelah 5 tahun bekerja dibank. Saya diterima untuk mengajar disebuah kolej swasta. Akan tetapi, saya hanya berada disana selama 3 tahun kerana kolej terpaksa 'downsizing'. Betul kata orang. Rezeki tidak pernah salah alamat. Ketika saya bersedih dan risau tidak mendapat pekerjaan seorang rakan telah datang membagi tahu bahawa ada sebuah sekolah antarabangsa yang memerlukan seorang guru yang boleh mengajar subjek perniagaan dan ekonomi. Saya tidak berlengah dan terus memohon jawatan tersebut. Sekolah itu memanggil saya untuk temuduga dan saya berjaya mendapat jawatan sebagai seorang guru.
Ketika bekerja sebagai seorang guru, saya bukan setakat mengajar subjek perniagaan & ekonomi untuk 'O' dan 'A' Level malah saya juga ditugaskan untuk menggantikan guru yang sakit bercuti. Menggantikan guru yang bercuti bukan mudah. Saya mengajar pelbagai subjek bermula dari rendah hingga menengah. Pengalaman sebagai guru hanya sekejap iaitu setahun setengah dan selepas itu saya berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur.
Setelah berkahwin saya memang merancang nak bekerja. Tapi hasrat tidak kesampaian kerana saya mengalami alah yang teruk ketika mengandung anak sulong. Malah saya juga ada ekzema yang membuatkan saya untuk terus berehat.
Walaupun sudah berkahwin dan punya seorang anak, saya tetap meneruskan minat saya iaitu membaca. Hobi membaca ni bermula seawal umur 5 tahun lagi. Saya gemar membaca buku-buku masakan dan juga bacaan am. Dari sini timbul balik minat untuk membuat kek dan biskut. Sebenarnya, saya dah lama buat kek. Tapi kek saya sering menjadi makanan tong sampah. Kerana kecewa dan banyak duit dibazirkan saya berhenti membuat kek. Sehingga saya jadi surirumah saya ambil keputusan untuk belajar membuat kek, roti dan pelbagai jenis biskut.
Alhamdulillah berkat sabar dan usaha saya berjaya juga untuk menghasilkan kek, roti dan biskut yang berkualiti. Setelah 2 tahun dalam bidang bakeri, saya ambil keputusan untuk membuat online bisnes dan kini mempunyai perniagaan online yang diberi nama Aneezah Bayu Bakery. Malah saya telah mendaftar perniagaan saya dibawah SSM.
Untuk mengetahui lebih tentang produk atau promosi boleh singgah di FB page dan Instagram Aneezah Bayu Bakery.
Sekian, terima kasih.