Hilangnya saya seketika kerana pergi melancong sambil belajar ke Melbourne, Australia untuk seminggu. Saya masih lagi di Melbourne hingga hari Jumaat ini.
Kali ni, saya nak berkongsi tentang pentingnya kita memilih penerbangan yang sesuai bila kita nak pergi melancong atau atas urusan kerja. Kami sekeluarga telah menggunakan khidmat penerbangan Diraja Brunei lebih daripada 10 tahun. Boleh kata kan setiap kali kami pergi ke luar negara kami akan memilih penerbangan ini. Bukan tidak sokong MAS tetapi kami sudah selesa dan biasa menaiki penerbangan Diraja Brunei.
Apa yang penting bila kita memilih khidmat daripada mana-mana penerbangan adalah keselesaan. Kita harus membuat sedikit kajian dan juga rajin bertanya. Lapangan terbang Brunei tidak sebesar mana tetapi selesa. Cuma kurang kedai makan. Jadual penerbangan tidak pernah berubah dan menepati masa. Pekerja-pekerja pula semuanya baik dan suka membantu.
Jika bercakap tentang khidmat dalam kapal terbang saya bagi 4 bintang. Pramugara dan pramugari suka membantu. Jika kita minta selimut, biskut dan minuman mesti dibagi dengan segera. Dari segi tempat duduk memang selesa.

Ada sesetengah penerbangan bila kita naik ada bau wangian atau telah disembur dengan aerosol. Bila naik penerbangan Diraja Brunei tidak ada wangian yang boleh buat pening kepala.
Setakat ini dulu saya nak kongsi. InshaAllah jika talian internet lancar, akan saya kongsikan cerita dan gambar-gambar di Melbourne pula.
Selamat memilih khidmat penerbangan anda!

No comments:
Post a Comment