Buat apa tu? Yang bekerja mesti tidak sabar untuk bercuti esok. Panjang pula tu 3 hari. Yang tidak bekerja seperti saya atau yang buat part time job pun tidak sabar juga untuk pergi berjalan-jalan betul tak? Mungkin ada yang jawab tidak. Mungkin bisnes perlu diteruskan atau dapat berehat kejap.
Aktiviti saya pada hari ini selain menjaga anak dan mengemas rumah dan dot..dot..dot. Kita buat kuih cina. Kuih Lau Po Piang atau Tausa cake. Sebelum ini pun saya pernah post tentang kuih ini. Bulan lepas balik KK saya pergi menimba ilmu untuk membuat kuih ini. Dekat KL memang banyak penjual menjual kuih ini tapi rata-rata penjual cina.
Orang Sabah tidak kira agama, memang gemar memakan kuih ini. Di Sabah bukan kaum Cina sahaja pandai buat kuih ini kaum Bumiputra pun boleh buat. Rasa kuih ini tidak kira siapa buat memang hampir sama. Yang membezakan rasa adalah penggunaan bahan-bahan. Betul tak?
Bagi mereka yang ingin mencuba kuih ini boleh menghubungi saya di nombor watsapp 0198327268. Tidak rugi untuk mencuba.
Selamat bercuti dan berehat buat semua.
Gong Xi Fa Chai!!
No comments:
Post a Comment