Sambungan Jalan-Jalan Di Melbourne

Sebenarnya, hari ini adalah hari terakhir kami sekeluarga bercuti di Melbourne. Esok penerbangan kami singgah di Brunei dahulu kemudian ke Kota Kinabalu. Jam 10 malam rasanya baru sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, KKIA. Memang perjalanan yang memenatkan. 

    

Walaupun penat tapi seronok dan dapat menimba ilmu tentang negara orang. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan. Jika ada yang berminat saya akan cerita lagi. Buat masa ini saya kongsikan tentang tempat makan dan makanan yang terdapat di Melbourne.

Apa yang saya perhatikan dan juga bertanya orang-orang disana, mereka gemar memakan Sushi. Dimana-mana ada kedai atau gerai sushi. Siapa yang ingin berniaga disini saya cadangkan menjual sushi. Pasti laku punya. Sayang sekali sushi yang dijual tidak halal.


Ketika di Melbourne, kami suka menjamu selera dikedai makan yang diberi nama Mamak. Jangan salah sangka. Ini bukan kedai mamak. Nama sahaja mamak tapi dimiliki dan diurus oleh seorang usahawan cina dari Malaysia.


Makanan yang kami order semuanya sedap-sedap belaka walaupun setakat roti canai, mee goreng dan satay ayam. Teh tarik kedai ini pun sedap. Har kedua kami datang order lagi roti canai. Selain itu, kami cuba nasi goreng dan sambal sotong. Harga agak berpatutan. Tapi faham-faham lah bila ditukar ke Ringgit Malaysia memang telan air liur. 



Selain kedai Mamak ini, ada juga restoran lain seperti Sambal yang juga dimiliki oleh orang Malaysia, restoran Nelayan yang dioperasi oleh orang Indonesia dan beberapa lagi. Cakap pasal makan, nama kedai pun lupa hehe...

Ada lagi sambungan cerita pasal kek-kek pula ya. Tunggu!!


No comments:

Post a Comment