Apa khabar semua? Moga semua sihat dan ceria ceria selalu. Disini, Aneezah ingin kongsi tips asas sebelum membuat kek, roti atau biskut.
Bagi saya yang paling penting kita kena baca atau khatam resepi. Baca resepi sekurang kurangnya 3 kali. Lebih pun tak apa. Buat lah tanda atau nota dekat resepi. Jangan malas menulis.
Jika anda stress, jangan cuba buat kek kah, roti kah. Memang tidak akan menjadi. Sia sia kek masuk tong sampah. Membazir sahaja. Duit bazir, letrik bazir erti kata lain banyak membazir. Bawa bertenang dulu dan tarik nafas jika nak teruskan niat buat kek.
Gambar diatas ni contoh terbaik kek masuk tong sampah atau nama lain kek stress. Sebenarnya, saya nak buat kek span 2 layer. Malang sekali, kek tak naik dan nampak macam pan cake. Layer pertama ada bintik bintik kat atas. Geli kan. Nampak macam jerawat eeee..
Nak buat kek tu kena lah semak bahan-bahan. Setelah semak, letak bahan-bahan atas meja. Lepas tu timbang mengikut resepi. Jangan pandai-pandai nak bagi lebih ya.
Selain itu, kita kena kenal oven masing-masing. Saiz oven memainkan peranan penting kerana suhu berbeza. Bila kita praktis buat kek baru kita kenal suhu oven. Suhu yang tercatat diresepi tidak semestinya sama dengan suhu oven kita.
Saya harap tips yang saya kongsikan boleh membantu kawan-kawan ya. Jika kawan-kawan ada tips yang lain sudi-sudi kongsikan.
Selamat membuat kek, roti dan biskut!
No comments:
Post a Comment