Brownies kedut atau tak kedut

Brownies oh Brownies...

Hari ini, saya nak cakap pasal brownies. Kita sama-sama kongsi idea atau komen ya.

Brownies ni produk pertama keluaran Aneezah Bayu Bakery dan banyak membantu menjana pendapatan. Sebelum menjual brownies ini perkara pertama saya terfikir mudah untuk dibuat. Walaupun ramai bakers diluar sana menjual brownies, saya yakin resepi dan kualiti produk yang digunakan akan membezakan brownies saya dengan bakers yang lain. Alhamdulillah sehingga hari ini brownies tetap menjadi produk nombor satu kami.


Customer pernah tanya kepada saya sama ada brownies saya ini permukaan atasnya berkedut atau tidak? Pelik pelik juga customers zaman sekarang ni. Kita layan saja lah. Saya kata berkedut Puan. Customer senyum dan kata 'brownies memang patut pun berkedut'. Sebenarnya kata customer ni tidak salah cuma asal brownies tidak berkedut. Jika kita lihat brownies orang Amerika, tidak berkedut langsung. Nampak macam kek coklat yang dipotong kecil kecil. Citarasa orang Asia sebenarnya yang nak brownies berkedut. Lucu rasanya.

Bagi saya yang lebih penting adalah rasa brownies itu sendiri. Kandungan coklat dalam brownies perlu cukup. Rasa nikmat coklat. Jika ada yang makan macam makan kek coklat ja, brownies itu lebih kandungan tepung atau terlebih bakar. Mesti ada yang pernah makan brownies yang rasanya makan kek coklat termasuk saya. Ada pula yang tidak kisah asalkan rasa coklat itu ada.

Begitu lah cerita brownies oh brownies daripada saya. Lain kali kita cerita tentang kek lain pula ya.

Salam ceria.


No comments:

Post a Comment