Baby Pizza do do do dooo

Yum yum Baby Pizza


Siapa disini suka makan pizza? Saya memang peminat pizza. Tidak kisah lah pizza inti ayam, daging mahu pun sayur sayuran yang penting mesti banyak cheese kat atas betul tak? He he he...

Makanan pizza ni bukan makanan asal negara kita. Disebabkan pizza mudah didapati dekat kebanyakan restoran makanan segera dan juga pizza beku yang dijual di pasar raya, orang-orang kita lebih cenderung untuk membeli pizza. Tapi jangan lah mengambil pizza dalam kuantiti yang banyak. Atau jangan jadi kan pizza sebagai makanan harian. Faham faham lah apa yang bakal berlaku kepada badan kita.

Bagi mereka yang nak buat pizza sendiri, di sini saya kongsikan resepi yang agak mudah. Jika ada mixer atau bread maker masa untuk membuat dough dalam 15 minit. Tak perlu mix hingga elastik. Cukup dough sudah bercampur dan tidak melekat di tepi. Siapa yang tidak ada mesin terpaksa lah menguli. Rasanya dalam 20 hingga 25 minit juga kena uli. Tengok kepantasan orang yang uli dough tu.

Resepi yang saya kongsikan ini boleh dapat dalam 40 biji pizza. Boleh juga dibahagikan jika nak kuantiti yang sedikit. Pizza ni dalam bentuk kecil sesuai untuk anak-anak makan.

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

  1. 1kg Tepung high protein/tepung gandum
  2. 11gm Yis
  3. 3sb Gula castor
  4. 1tsp Garam
  5. 5gm Bread improver/pelembut roti
  6. 4sb Majerin/butter
  7. 580ml Air

Cara-cara membuat dough:
Satukan semua bahan-bahan diatas dalam mixer atau bread maker dan uli selama 15 minit sahaja. Tidak perlu uli hingga elastik. Cukup setakat bahan-bahan bercampur dan sebati.

Selepas itu timbang dough 40gm hingga habis. Bulat-bulatkan dough. Kemudian peperkan. Jangan nipis sangat. Cucuk dough menggunakan garfu. Setelah dibentuk, bakar dough pizza selama 15 minit dan suhu 180 darjah. Ikut oven masing-masing. Dough ini dibakar separuh masak kerana kita akan bakar sekali lagi setelah letak topping.


Sos dan Topping
Untuk membuat sos, saya hanya campurkan sos cili dan tomato. 

Manakala untuk topping, saya letak chicken slices, capsicum merah dan hijau yang telah dihiris nipis. Untuk cheese pula, saya guna mozarella. Sebenarnya, untuk topping ni boleh ikut citarasa masing-masing. Setelah selesai letak topping boleh bakar balik dalam oven. Selama 5-10 minit atau sehingga cheese cair.


Selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment