Jalan Jalan Di Melbourne, Australia

Hello Melbourne!

Sebenarnya, ini kali ke empat kami sekeluarga pergi melancong ke Australia. Sebelum ini, kami pergi ke Gold Coast dua kali dan sekali ke Perth. Kali ini kami memilih untuk pergi ke Melbourne pula.


Penerbangan ke Melbourne dari airport Brunei mengambil masa selama 6 jam. Seperti biasa, kami hanya mengambil khidmat tour bas dan tour untuk 2 hari. Dua hari lagi untuk free & easy. Kami tidak mengambil servis 'tour guide' kerana kami rasa lebih jimat dan juga boleh google tempat-tempat untuk pergi. Di Melbourne, terdapat perkhidmatan yang dipanggil 'tramp'. Ia seperti keretapi yang bergerak ditengah bandar. Perkhidmatan tramp ini Free jika dalam bandar tetapi jika nak guna tramp luar dari kawasan bandar akan dikenakan bayaran yang berpatutan.

Penduduk Melbourne kebiasaannya berjalan kaki dalam kawasan bandar. Sebenarnya tidak jauh jika nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Masalahnya struktur jalanan agak berbukit dan bagi mereka yang tidak biasa memang akan cepat letih seperti saya. Semput rasanya hehehe...

Hotel yang kami tinggal memang terletak ditengah bandar. Nama hotel ini The Victoria Hotel. Tidak susah untuk kami hendak pergi berjalan-jalan dan paling penting mencari makanan Halal. Didepan hotel ini ada bangunan yang terdapat 2 kedai makanan halal. Satu kedai dimiliki oleh orang Malaysia dan yang satu lagi Indonesia. Jadi faham-faham masakan mestilah citarasa orang Malaysia dan Indonesia. Ada lagi kedai-kedai masakan halal tetapi kena jalan jauh sikit. Dalam 15 minit begitu.

Sudah 4 malam kami tinggal di The Victoria Hotel. Memang selesa. Bilik besar, tandas bersih dan penting penghawa dingin berfungsi dengan baik. Cuaca di Melbourne sangat panas bila tengahari hingga ke petang. Pagi pula sejuk. Cuma sarapan dihotel ini kurang memuaskan bagi orang Islam. Makanan sangat terhad. 

Bila tinggal dikawasan bandar semestinya banyak kedai-kedai. Kedai makan, kedai baju, kedai perhiasan, kedai cenderamata dan macam-macam lagi.


Bila berjalan-jalan dibandar, ditepi jalan mereka menanam macam-macam sayuran dan buah-buahan. Ada labu, terung, parsley, dan macam-macam lagi. Malah ada buah strawberi juga. Semua ini boleh diambil dengan percuma. Sebab saya sendiri nampak orang Melbourne ambil sayur yang ditanam itu. Mereka ambil dalam quantiti yang sedikit. Harus bertimbang rasa. 

Jika bercakap pasal kedai-kedai yang menjual kek, pastri dan biskut memang merata ada. Pelbagai jenis dijual. Ada yang tidak pernah dilihat dijual di Malaysia. Ikutkan perasaan macam nak cuba semua. Memang nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Kreatif bakers di Melbourne. Banyak idea yang saya peroleh. Kalau nak bercakap pasal makanan memang banyak. Takut juga air liur terkeluar. 


Kisah pengalaman saya di Melbourne akan bersambung lagi. Tunggu ya...



No comments:

Post a Comment