Menimba Ilmu
Pepatah ada mengatakan "Biar kita menimba ilmu hingga ke negara China".
Walaupun sudah bergelar suri rumah sepenuh masa, saya tidak pernah berhenti untuk belajar. Di rumah, almari buku ada dua. Dan kedua almari memang penuh dengan macam-macam buku. Tapi buku masakan yang paling banyak. Boleh kata kan ada lebih daripada 30 buku. Itu tidak termasuk majalah masakan. Suami saya kata berhenti lah daripada membeli buku. Membazir sahaja. Sekarang zaman internet, google ja. Saya tutup telinga sebelah ja tiap kali suami membebel pasal buku hehehe..
Saya sebenarnya peminat kuih-muih tradisional cina. Mungkin sebab ayah saya ada darah cina. Antara kuih kegemaran saya ialah "Tau sa piar" dan "Ham chim piang". Kuih-kuih ni biasanya dibuat oleh orang cina. Ada juga bumiputera yang buat kuih ni tapi jarang dijumpai. Kerana minat, saya pergi menimba ilmu dengan seorang chef. Harga untuk kelas perseorangan memang mahal tetapi berbaloi dan puas hati.
Apa itu kuih tau sa piar? Bagi mereka yang tidak tahu. Kuih ini mempunyai kulit yang 'flaky' dan rangup bila dimakan. Inti kuih ini pes kacang merah atau pandan. Kuih ini dibakar hingga kekuningan.
Kuih ham chim piang pula ada dua jenis. Satu ada inti pes kacang merah dan satu lagi dipanggil 'spiral' ham chim piang. Kuih ini digoreng hingga berwarna coklat. Sedap dimakan ketika panas.
Kedua dua kuih ini memang sedap. Tidak menyesal jika mencuba. 😊
Sebarang pertanyaan boleh DM atau watsapp Aneezah di nombor 0198327268.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamualaikum& Hi Semua! Ketika berada di KK bulan lepas, saya ada buat vietnamese spring rolls untuk keluarga disana. Biasa saya...
-
Sebenarnya, hari ini adalah hari terakhir kami sekeluarga bercuti di Melbourne. Esok penerbangan kami singgah di Brunei dahulu kemudian ke ...
No comments:
Post a Comment