Assalamualaikum & Hi!
Saya ingin memohon maaf kepada pembaca atau followers kerana tidak ada post daripada saya. Sejak balik daripada bercuti, saya sangat letih dan tidak larat untuk menulis. Otak pun tak jalan. Ketika bercuti di Melbourne, saya ada terjatuh di Penguin Park yang terletak di Philippe Island.
Tak tahu lah macam mana boleh terjatuh. Tiba-tiba tersungkur dan lutut menahan daripada muka terkena jalan raya. Lutut kanan luka dan bengkak. Memang sakit. Nak bangun perlu ada bantuan. Nasib baik ada adik yang kuat boleh bangunkan saya. Anak saya bersama dengan ayah saya. Jadi, dia tak cedera. Bayangkan kalau saya terjatuh dengan anak kecik saya. Masya Allah. Agaknya terlalu penat naik dan turun bukit. Walaupun tak curam, bagi orang yang jarang bersenam macam saya memang memenatkan. Tambahan pula, saya memakai sandal scholl. Tour guide last minit bagi tahu yang tempat ini berbukit dan sangat sejuk pada waktu malam.
Kami ke Penguin Island untuk melihat penguin balik daripada cari makan. Istimewanya penguin ini hanya terdapat di Australia. Penguin ini hanya sebesar anak burung dan beratnya 1kg sahaja. Memang kecil penguin ini. Burung penguin ini terpaksa keluar pada waktu siang untuk mencari makan dan juga bersembunyi daripada menjadi mangsa burung besar atau helang. Dan juga binatang-binatang lain yang berjalan dipantai. Disebabkan ini, penguin terpaksa balik malam. Sebelum terlupa, kerajaan Australia melarang keras daripada mengambil gambar penguin ini. Sebab itu, saya ambil gambar dengan patung penguin pun jadi lah hahaha...
Alhamdulillah, lutut saya dah beransur pulih. Sakit sikit-sikit lagi. Perempuan memang lemah dekat lutut. Jadi kita golongan wanita kena jaga lutut kita. Doakan saya cepat baik ya.
Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment