Lama rasanya tidak update blog. Sejak balik ke Kuala Lumpur jadual agak padat. Minggu lepas, saya dan anak serta kedua orang tua tiba di KLIA pada hari Rabu. Hari khamis pula kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Pulau Pinang. Bercuti untuk 3 hari 2 malam. Kedua orang tua saya dah lama nak jalan-jalan ke Pulau Mutiara ni. Kali terakhir mereka pergi 15 tahun yang lepas. Sudah tentu banyak perubahan.
Pemandangan dari bilik hotel. |
Kami bertolak seawal jam 8.00 pagi pada hari khamis. Alhamdulillah cuaca cerah sepanjang perjalanan. Perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa 4 jam lebih. Itu pun sebab tidak ada masalah kesesakan lalu lintas. Dalam perjalanan, kami ada berhenti dekat R&R Tapah. Kalau berhenti di R&R ini, saya dan suami mesti makan digerai Pak Tam. Rasanya terkenal juga gerai Pak Tam ni sebab boleh tahan pengunjung yang datang makan. Kami akan order bihun sup atau rojak jika makan di gerai Pak Tam. Menu yang lain pun sedap juga.
Selesai makan, kami sambung perjalanan ke Pulau Pinang. Kami bercadang untuk makan tenghari dulu sebelum check-in hotel di Pan Mutiara dekat dengan Jambatan Kedua. Suami saya kalau bab makan-makan ni memang pandai cari tempat makan yang sedap-sedap. Di rumah lagi dia dah sebut nak makan di Bawal Kelapa Sawit. Katanya kena makan dibawah pokok sawit. Saya pun tertarik juga. Tidak pernah saya makan dibawah pokok kelapa sawit. Maklum lah asyik terfikir burung berak kita hahaha...
Tempat makan Bawal Kelapa Sawit terletak di "mainland" dan bukan dipulau. Lokasi tempat makan ini di Juru dan berada ditepi jalan. Kena guna waze atau google cari tempat ini. Kena masuk kedalam baru kita nampak tempat makan ini yang memang dikelilingi pokok kelapa sawit. Tempat letak kereta memang terhad. Alhamdulillah apabila kami tiba ada kereta lain hendak keluar. Bau ikan bawal digoreng boleh terhidu sebaik keluar dari kereta. Tempat makan ini memang terkenal untuk ikan bawal yang dimasak panas-panas. Tambahan lagi dituang sos kicap yang dibuat sendiri foohhhh..memang berpeluh makan. Ikan bawal ini memang specialty tempat makan ini. Tapi jangan silap. Disini ada lauk lain disediakan. Pelanggan yang datang sini rata-rata order ikan bawal. Minum dengan air kelapa memang terbaik. Tidak rugi kami sekeluarga datang sini makan tengahari.
Sebenarnya, banyak tempat makan di Pulau Pinang. Sebagai pelancong, saya boleh katakan hampir kesemua makanan yang pernah saya cuba semuanya sedap-sedap belaka. Setiap kali datang ke Pulau Mutiara kami mesti mencuba di gerai atau restoran yang berlainan.
Antara tempat lain yang kami kunjungi ialah Moh Teng Pheow Nyonya Koay. Haa!! Jangan sangka di Melaka sahaja yang pakar kuih nyonya. Di Pulau Pinang pun ada. Gerai kuih yang menjual Penang nyonya kuih ini telah beroperasi baru 3 tahun. Tetapi kuih ini sebenarnya telah dijual lebih daripada 30 tahun. Sebelum ini pengasasnya hanya membuat kuih dirumah dan menjual diluar. Idea untuk beroperasi didalam rumah atau pekerja itu kata Kanteen style baru tercetus setelah ada tempat yang sesuai dan orang ramai dapat menikmati kuih dan juga minuman yang boleh dinikmati panas-panas. Kedai Moh Teng Pheow ini ada 3 cawangan. Kami memilih untuk membeli kuih di kedai mereka yang berada di Jalan Masjid (Off Chulia Street). Jangan terkejut apabila datang kesini memang bangunan dan hiasan dalaman sangat tradisional. Yang penting kuih-kuih yang dijual semua sedap-sedap belaka.

Kami sekeluarga juga telah mencuba cendol yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Teow Chew Cendol. Cendol ini dijual ditepi bangunan. Memang susah juga untuk mencari tempat cendol ini dijual. Kami pergi gerai yang terletak di Penang Road berdekatan dengan bangunan Komtar. Cerita untuk mencari cendol ini memang lucu. Dipendekkan waze telah membawa kami ketempat yang salah pada mulanya. Emak saya yang ternampak ramai orang beratur handak membeli cendol ketika kami berpusing-pusing dalam kereta mencari gerai cendol tersebut. Memang berbaloi cari tempat ini walaupun kami sudah pening dalam kereta. Kami hanya membungkus cendol untuk dimakan dihotel. tidak ada tempat duduk disediakan. Orang ramai terpaksa berdiri untuk makan cendol.
Satu lagi tempat makan yang saya rasa boleh dibagi 5 bintang ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak oleh Chef Hotel Pen Mutiara. Bau kari boleh dihidu sebaik masuk hotel ini. Memang dasyat. Saya dan suami sudah dua kali makan kari kepala ikan dihotel ini. Memang tak boleh lupa kesedapan kari ini. Ikan yang dimasak memang segar. Lupa nak bagi tahu yang hotel ini terletak berdekatan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Bukan ikan sahaja yang segar, semua jenis seafood yang dimasak memang Freshhh. Kali ini, kami bagi ibu bapa saya pula untuk mencuba kesedapan kari kepala ikan dihotel ini. Ayah saya siap ambil kuah balik-balik. Makan pun boleh dengar bunyi ssspppp. Emak saya pun puji kesedapan kari ini. Rata-rata yang datang menjamu selera dihotel ini semua oreder kari kepala ikan. Siap tambah nasi lagi. Siapa-siapa yang suka makan kari boleh cuba makan dihotel Pen Mutiara Pulau Pinang. Tidak rugi mencuba.
![]() |
Gambar: Sumber Google |
Tunggu apa lagi. Jom pergi mencuba makanan di Pulau Pinang. Jika ada cadangan tempat makan yang best jangan lupa komen ya.
Terima kasih & selamat malam.
No comments:
Post a Comment