Assalamualaikum& Hi Semua!
Ketika berada di KK bulan lepas, saya ada buat vietnamese spring rolls untuk keluarga disana. Biasa saya buat untuk kami bertiga. Kali ini untuk keluarga disana pula sebab mereka tidak pernah makan vietnamese spring rolls ni. Lagi pun, rice paper untuk membuat spring rolls ini tidak ada dijual di KK.
Gỏi cuốn, atau Vietnamese spring rolls adalah makanan tradisional orang Vietnam yang terdiri daripada sayur, udang, daging babi dan juga suhun. Kesemua ini akan dibungkus dalam "rice paper". Rice paper ini kalau di KL boleh dibeli dipasaraya yang besar contohnya AEON BIG, AEON, Jaya Grocer dan juga sesetengah kedai bakeri. Spring rolls ini dimakan dengan sos cili atau sos "peanut butter". Orang Vietnam ada resepi tersendiri untuk membuat sos ini. Sos yang dibuat oleh orang kita hampir sama rasa dengan sos disana. Cuma orang kita lebih suka pedas dan masam sikit. Jom kita buat vietnamese spring rolls. Mudah sahaja. Jangan risau.
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
1. Rice paper
2. Udang segar atau jika ada alahan boleh guna "filament sticks". Contoh gambar diatas.
3. Lobak yang telah dihiris nipis.
4. Timun yang telah dihiris nipis.
5. Jika suka boleh letak suhun.
6. Bahan-bahan lain yang sesuai atau ikut selera masing-masing.
Cara-cara membuat spring rolls:
Mula-mula, rice paper perlu direndam dalam air. Bukan air panas atau suam ya. Rendam sekejap dalam 2 minit. Pastikan rice paper seluruh permukaan direndam. Tidak boleh rendam lama sebab rice paper akan menjadi lembik dan susah untuk kita membalut nanti.
Bila kita hendak membuat spring rolls ini, perlu cepat ya. Takut bila kita sudah rendam rice paper tidak dapat digunakan lagi.
Selepas rendam rice paper, kita susun udang, lobak, dan timun ditengah spring rolls kita. Suhun pula kita letak sedikit diatas bahan-bahan tadi. Kemudian, kita boleh roll atau bungkus sudah spring rolls kita. Hati-hati bila membuat rolls ini kerana rice paper mudah koyak. Ulangi proses ini sehingga mana banyak yang kita hendaki.
Untuk membuat sos pula ikut citarasa masing-masing. Saya letak sos cili, sos cili thai, sedikit perahan limau, garam sedikit, gula sedikit dan juga cili padi (tidak banyak).
Mudah kan untuk membuat vietnamese spring rolls ini? Tunggu apa lagi. Tidak rugi jika kita mencuba. Dapat mempelbagaikan hidangan dirumah.
Sekian.