Pertama sekali, saya nak minta maaf banyak banyak sebab lama tidak publish post. Sejak balik daripada majlis pertunangan yang dibuat di Kelantan semasa Chinese New Year, kami sekeluarga penat gila. Mana tak jalan raya sesak @jam. Kereta tidak bergerak langsung. Perjalanan mengambil masa daripada jam 9.00 pagi dan sampai KL jam 7.00 malam. Beberapa hari lepas balik, anak pula sakit. Bila anak baik, mama pula yang sakit. Teruk kali ni sakit. Batuk, demam, dan selsema. Kombinasi yang biasa tapi dasyat. Alhamdulillah, hari ini batuk dah kurang tapi suara masih serak.
Beberapa hari ini, makan bubur dan sup ayam. Memang tidak ada selera nak makan apa-apa pun. Tapi hari ini, kita tukar sikit. Tiba-tiba tekak nak makan bebola daging. Bukan bebola daging biasa tau. Resepi ini saya dapat daripada google. Tapi saya olah sedikit. Resepi ini, ada chinese taste sikit. Kebetulan bulan CNY kan boleh cuba.
Resepi Bebola Daging Szechuan
Bahan-bahan untuk membuat bebola daging:
1. Daging cincang
2. Bawang besar
3. Halia
4. Bawang putih
5. Jintan putih, paprika, hoisin sos, sos tiram, daun ketumbar, cili, minyak masak sedikit, garam dan
gula.
Bahan-bahan untuk membuat sos:
1. Halia
2. Bawang putih
3. Cili/cili padi
4. Tomato yang dicincang
5. Sos hoisin
6. Sos tiram
7. Stok ayam dalam 2 cawan
8. Garam dan gula ikut citarasa
9. Daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara membuat bebola daging:

>Bawang besar atau kuning yang telah dipotong dadu digoreng terlebih dahulu. Goreng hingga
perang.
>Tumbuk halia dan bawang putih. Yang selebihnya boleh digunakan untuk membuat sos.
>Campur kesemua bahan-bahan, bawang yang telah digoreng, halia, bawang putih dan bahan-bahan
yang lain.
>Pastikan semua bahan-bahan dicampur sebati dengan daging cincang. Bila sudah sebati, boleh
bentukkan menjadi bebola.
>Goreng hingga bebola daging masak. Tidak perlu garing.
Cara-cara membuat sos:
Goreng bawang putih, halia, cili dan tomato yang telah dicincang. Kemudian, masukkan stok ayam, hoisin sos, dan sos tiram. Apabila kuag sudah mula mendidih, masukkan bebola daging. Perisakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Setalah masak, boleh dihidang dan dihias dengan daun ketumbar.

Resepi ini bagi saya mudah dan senang untuk disediakan.
Selamat mencuba!!